Saturday, October 31, 2015
Bisnes Emas PowerGold - Suatu Permulaan!
Bismillahir Rohmaanir Rohim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya, pada hari ini saya dibukakan jalan untuk sertai syarikat POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD ( REG NO: 1036711-K ).
Untuk sertai syarikat PowerGold dot biz sdn bhd sebagai ahli, sebenarnya ada tiga pakej yang boleh dipilih, iaitu
1. Pakej Gold (Modal RM350)
2. Pakej Solid Gold (Modal RM450)
3. Pakej Super Power Gold (Modal RM3,800)
"Mana satu pakej yang saya pilih?"
Saya berpendapat, sebenarnya mana-mana satu pakej pun bagus dan ada keistimewaannya yang tersendiri.
Bergantung kepada keselesaan dan kemampuan mereka yang minat nak sertai perniagaan ini.
Sebab pada saya, soalan yang lebih penting selain daripada "nak join dengan pakej apa" adalah "kenapa perlu join sekarang."
Jadi kat sini, sebenarnya tak kisahlah nak join pakej yang mana satu pun. Yang PENTING IALAH JOIN. Ambil tindakan, take action dan mulakan langkah untuk berubah, untuk memperbaiki diri, terutama sekali dari segi ekonomi.
Selepas buat perbandingan, dengan mengambil kira faktor kemampuan dan tujuan asal nak join syarikat emas ini, maka akhirnya saya pun pilih untuk ambil pakej Solid Gold.
Bayaran pun saya dah buat kepada upline saya sebentar tadi
Ya
Seperti yang dapat dilihat pada screenshot diatas, bayaran yang saya lakukan ialah sebanyak RM456.
RM450 adalah untuk yuran sebagai ahli.
Manakala RM6 adalah caj penghantaran.
Kenapa ada caj penghantaran? Oh sebenarnya, bila kita join sebagai ahli, menerusi pakej Solid Gold ini, kita akan dapat 1/4 Dinar macam kat bawah ni.
Yuran yang dibayar kiranya bukannya untuk saja-saja. Kita dapat emas percuma lagi.
Pada waktu catatan ini saya buat, harga bagi 1/4 Dinar Powergold ialah RM227 dan harga ahli pula ialah RM202.
"Apa nak buat dengan 1/4 Dinar yang Powergold beri secara percuma ni?"
Saya terfikir beberapa perkara sebenarnya. Antaranya
1. Saya nak simpan sebagai koleksi
Sekali imbas, dari segi design, dinar emas ni memang nampak menarik. Memang sesuai untuk dijadikan koleksi.
2. Jual
Sama ada jual kepada ahli powergold yang lain, jual kembali kepada syarikat, ataupun jual di kedai-kedai emas.
3. Pajak
Kat tempat saya ni ada banyak jugak Ar Rahnu. Saya ingat kalau pajak pun bagus jugak, dapatkan wang tunai dan gunakan duit tu untuk buat bisnes lain.
Dalam masa 6 bulan, sama ada saya bayar sikit-sikit untuk tebus semula dinar ini ataupun bayar lump sum
4. Hadiahkan kepada orang lain
Pada waktu catatan ni saya tulis, nilai 1/4 dinar emas ni ialah RM227. Kalau hadiah kat orang lain, pun sesuai. Biasanya kalau kita hadiahkan duit kat orang lain, duit tu pasti akan terus dibelanjakan.
Berbeza kalau hadiahkan emas. Tak rasa pelik ke kalau hadiahkan duit tunai sebanyak RM227? Ada RM50 4 keping, RM20 sekeping dengan RM1 7 keping.
Lebih cantik dan sweet kalau hadiahkan 1/4 dinar emas macam ni.
5. Simpan dan jual apabila harga naik
Harga emas ni dia ada naik, dan ada turun. Apabila harga emas naik nanti, saya dapat peluang untuk buat untung berganda, kalau ianya saya jual pada masa tu.
Fuh... banyak pulak opsyen yang saya ada... kan!
.
..
...
Apa pun, ini baru permulaan.
Saya pun baru je buat pembayaran untuk sertai PowerGold.
Emas pun masih belum dapat lagi. Biasanya akan ambil masa 3-4 hari untuk proses pengeposan.
Saya tak pasti sama ada boleh atau tak kalau nak buat COD. Saya pun masih sangat baru dalam bidang ni.
Cuma bagi saya, tak berbaloi kalau nak buat COD untuk benda yang boleh dapat diselesaikan melalui pos sahaja. Daripada saya buat COD, better saya buat benda lain yang lebih memberi manfaat.
In Shaa Allah, jika diberi kekuatan, saya akan kongsikan pengetahuan dan ilmu-ilmu yang saya perolehi tentang emas di laman blog ini. Jadi, jom stay tune dan sama-sama kita study ilmu emas kat sini.
... dan kalau anda minat nak sertai saya dalam bidang perniagaan emas ni, juga saya amat alu-alukan. Jomlah :D
Sabree Hussin
(http://www.sabreehussin.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment